Thursday, May 30, 2013

Orang Korea



Korea


Korea terbahagi kepada 2. Satu Korea Selatan, dan satu lagi Korea Utara.

Korea Selatan ni sekutunya adalah Amerika Syarikat.

Manakala Korea Utara pulak sekutunya adalah China.

Jadi, kita kena faham yang Amerika Syarikat dan China masing-masing tak boleh berjumpa. 

Macam tulah jugak dengan Korea Utara dan Selatan.

Rakyat Korea Selatan terlalu menghargai erti kebebasan. Mereka sesekali takkan benarkan negara mereka di bom oleh Korea Utara. 

Macam kita la kan, takut sangat bila dengar pasal perang.

Fahaman Korea Utara adalah komunis. Manakala fahaman Korea Selatan adalah democracy dan lebih terbuka.

Menurut kata orang Korea Selatan, orang Korea Utara hidup mereka tersangatlah susah. Mereka punya sumber utama adalah dari China sahaja. Ibarat kais pagi makan pagi..kais petang makan petang.

Manakala jauh berbeza dengan Korea Selatan yang rakyatnya lebih maju ke depan. SAMSUNG dan LG adalah jenama terkenal di seluruh dunia.

Masing-masing ada cara nak memerintah negara.

Walaupun Korea Utara ni komunis, kita sebagai pelancong masih boleh datang ke negara mereka.


Wednesday, May 29, 2013

Mukadimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Terima kasih kepada semua reader yang sudi singgah ke blog saya.

Saya tahu anda juga adalah penggemar K-POP, K-DRAMA dan segala-galanya tentang South Korea.

Betul tak? Saya pun begitu jugak. Tapi takde la sampai obses sangat.

Saya begitu tertarik dengan budaya mereka.

Jadi, saya create blog ini untuk share pengalaman yang saya dapat semasa saya pergi ke Korea Selatan pada pertengahan April 2013.

Jom kita sama-sama share pengalaman kita. 

South Korea in memory ^^..